SAHABAT

Friday, July 8, 2011

"bila kita susah, masih ramai yang lebih sukar berbanding kita yang x seberapa... bantuan buat Norma & Talib.."

assalammualaikum... salam jumaat... salam ketabahan...


xtau bagaimana harus cahaya mulakan, dari mane nak cahaya dahului, kata2 apa yang perlu cahaya luahkan... Ya Allah, besar batul ujian MU buat mereka.. semoga besar juga kekuatan & ketabahan yang akan ENGKAU titipkan buat Kak Norma, Abg Talib & keluarga... kerna aku tahu, "setiap ape yang KAU berikan adalah tanda KAU sayangkan hamba-MU Ya Allah..." & aku jua tahu, "segala ujian yang KAU turunkan adalah bertepatan dengan kemampuan hamba2-MU ini Ya Allah.."


dalam minggu ni, cahaya x pasti hari apa (mungkin isnin@selasa) cahaya ade terbaca kisah hidup Kak Norma ni di blog akak iparnye iaitu Kak Moon... sayu sungguh hati ni.. dari satu tulisan, beralih ke satu tulisan, tanpa jemu terus cahaya singkap perjalan kisah beliau.. Ya Allah, pantas saja mutiara ini ingin mengalir jatuh tapi ku tahan... pantas benar semuanya berlaku, boleh kata "dalam sekelip mata".. T_T

ramai yang sudah tahu mengenai Kak Norma ni, tapi mungkin masih ade sebahagian yang tidak mengetahuinya.. jadi disini cahaya mengambil sedikit kesempatan menyebarkan kisah mengenai Kak Norma ni.. x banyak yang cahaya mampu bantu, muge dengan penyebaran kisah mereka ni, sedikit sebanyak dapatlah cahaya bantu.. kerna "selemah-lemah bantuan adalah dengan membacakan doa, namun percayalah doa itulah sebesar-besar pemberian.." faham kann?? -_-


kenapa cahaya selitkan entry mereka dalam blog cahaya?? apa kaitan cahaya dengan die?? cahaya & Kak Norma bukan siapa2, sekadar saudara sesama Muslim.. dan atas alasan itu, cahaya ingin berkongsi dengan semua sahabat di sini.. "kisah pasangan muda yang diturunkan ujian dari Allah.."


ini gambar mereka sebelum Kak Norma sakit..
mungkin sebelum mereka kahwin...


Kak Norma disahkan menghidap penyakit "brain tumor", & sekarang da sampai tahap ke-4.. yang bertambah menyayat hati selepas beberapa kali dibedah, tumornya semakin membesar, sehinggakan Doktor sendiri xsangka sepantas itu tumornye membesar.. Subhanallah..... now, yang terbaru Kak Norma menjalani rawatan di "Pusat Rawatan al-Hidayah.." semoga Kak Norma cepat sembuh... amin..



comel kan... gerammmm.... ^_^
ini Rafiq.. pengikat kasih Kak Norma & Abg Talib..

bertambah sayu hati ini melihat 'buah hati' Kak Norma & Abg Talib, Rafiq.. bagai memahami kesakitan yang dirasai mamanya, Rafiq membesar sebagai bayi yang sangat baik, xbanyak karenah.. insya'Allah, Rafiq bakal jadi anak yang soleh.. amin...


Rafiq yang bagai 'sejuk' je berada disamping mamanya...
sayunya.... T_T


Kak Norma mase buat rawata di Pusat Rawatan al-Hidayah..
moga cepat sembuh ye Kak Norma...


buat suami Kak Norma, Abg Talib yang sangat tabah & setia menemani Kak Norma.. pada cahaya, Abang lah lelaki&suami terbaik.. moga Abang semakin tabah & kuat semangat untuk hadapi semua ini sebab Kak Norma pasti akan lebih kuat bila tengok Abang kuat & setia disampingnya.. yakinlah, "akan ada kemanisan dihujungnya nanti..insya'Allah..."


cahaya pernah dengar, "kadang2 Allah turunkan ujian pada hamba-NYA bukan bermakna DIA nak uji hamba-NYA semata-mata, tapi mungkin juga DIA nak uji mereka yang berada disekeliling insan yang diturunkan ujian itu.." faham kann...??


bagi sahabat yang nak tahu 'details' kisah Kak Norma & Abg Talib bolehla ke blog KAK MOON, akak ipar pada Abg Talib.. disana akan sentiasa ada 'update' @ perkembangan keadaan Kak Norma..

buat sahabat yang sudi menghulurkan sedikit sumbangan bolehlah dimasukkan ke akaun Kak Norma...





Akaun CIMB



01070068677528



Noormawati Mohd Rasif 




nota: maaf pada Kak Norma & Kak Moon sekeluarga sekiranya kehadiran 'entry' ini tidak disenangi.. dengan rendah hati, cahaya hulurkan seribu kemaafan.. sesungguhnye hanya ini yang mampu cahaya lakukan.. moga dengan penyebaran kisah ini, ramai yang sudi menghulurkan bantuan,sokongan serta doa.. cahaya doakan Kak Norma cepat sembuh & dapat lihat Rafiq membesar..amin.... -_-

2 comments:

  1. Assalam Cahaya, terharunya akak baca kisah Noorma nih...moga mereka tabah menghadapi dugaan yang hebat ini...moga dipercepatkan sembuh dari segala kesakitan yang dialami..Hanya Allah yang tahu apa yang tersurat dan tersirat di sebalik ujianNya... insyaAllah...Akak igt nnt2 nak publish gak kat blog untuk tatapan dan mohon doa dari pengunjung2 blog akak...thanks Cahaya.

    ReplyDelete
  2. as salam... cahaya pn terharu mase singkap satu2 cerita die.. sedih sangat... muge die cpt sembuh.. baguslah lau akak pn nk publish gak.. sekecil2 bantuan adalah doa.. ^_^


    terima kasih sudi bace..

    ReplyDelete