SAHABAT

Tuesday, July 26, 2011

"Duit syiling baru yang lebih selamat diperkenal tahun depan"

assalammualikum semua.....

heheee... wat muke x bersalah coz lame update blog, kang ade yg kena tampar kang... (ye,sila tampar diri sendiri wahai cahaya) xoxooo.... >__<


jangan marah wahai si cantik & si kacak sekalian... anda sungguh menawan hari ini.. huhuu... ayat orang mintak simpati.. =,=


setelah sekian lame x update blog sehinggakan blog ini hampir saje bersawang, berulat & ber--- macam2 lagi.. maka hari ini saya akan kongsi cerita yang agak menarik seperti tajuk diatas.. (ayat skema nak mam.....)


cam biase, pagi2 hari yang indah... haruslah ai baca Metro supaya ketahuan setiap perkara yang berlaku di muka bumi ini.. dan berita yang paling melonjak-lonjak hati untuk berkongsi kali ini adalah berkaitan "duit syiling baru".. hahaaa... ter----skema lagi..@_@


k.la, sebelum cahaya merapu lebih2 lagi.. jom layannn.....


KAKITANGAN Bank Negara, Zuraidah Abdul Malek
bersama duit syiling peringatan untuk siri ketiga.

haishh, bertuahnye die dapat pegang duit tu dulu sebelum kita2 ni kan...?? siap dapat 'pose' n tayang gigi dalam paper+laman web lagi... huuuwaaaa........ nak keje Bank Negara jugakkk!!! *tetibe...  ~_~


KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) akan memperkenalkan duit syiling baru siri ketiga awal tahun depan bagi menggantikan siri semasa yang berusia lebih 20 tahun.

Dengan tema ‘Keunikan Malaysia’ duit syiling baru akan memaparkan motif seni kraftangan tradisional dan keindahan flora dan fauna yang ada di negara ini.

sumber: BH ONLINE



BANK Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan siri ketiga syiling Malaysia yang akan berada dalam edaran mulai awal tahun depan bagi dominasi 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen menggantikan duit syiling sedia ada yang diperkenalkan sejak 20 tahun lalu.
Gabenornya, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berkata, dengan motif dan reka bentuk coraknya memaparkan keindahan flora, fauna dan seni kraftangan tradisional yang terdapat di negara ini. “Syiling baru ini lebih ringan dan kecil serta dilengkapi ciri keselamatan bagi mengelakkan pemalsuan.

“Bagi syiling 10 sen dan 5 sen ia berwarna perak manakala 20 sen dan 50 sen berwarna emas yang mempunyai sisi berbeza bagi memudahkan orang ramai dan mereka yang kurang upaya penglihatan untuk mengenali dan membezakan jenisnya. “Logam baru yang digunakan untuk membuat syiling ini adalah dari jenis yang lebih berkualiti dan tahan lama iaitu keluli tahan karat serta nikel loyang bersalut kuprum. “Ia akan berada dalam edaran bersama dengan siri sedia ada sebelum dikeluarkan secara beransur-ansur,” katanya pada sidang media di Bank Negara, semalam.
Motif dominasi 5 sen ialah sulur kacang, 10 sen (bunga melur) dan 20 sen (anyaman orang asli) memaparkan 14 titik melambangkan tiga 13 negeri serta satu Wilayah Persekutuan dan motif duit syiling 50 sen (kain tenunan destar sigar) mempunyai lima garis mendatar melambangkan lima prinsip rukun negara.

Bahagian belakangnya memaparkan motif yang sama iaitu bunga raya dan angka yang menunjukkan tahun penempaan, nilai muka duit syiling dan perkataan Bank Negara Malaysia sebagai pihak berkuasa mengeluarkan duit syiling.

Zeti berkata, Bank Negara akan bekerjasama rapat dengan institusi kewangan, perniagaan dan vendor yang mengendalikan wang tunai untuk memastikan peralihan syiling itu lancar.

“Vendor yang mengendalikan mesin wang tunai ini akan diberikan tempoh enam bulan untuk mengubah suai mesin mereka bagi memudahkan penggunaan syiling baru.

“Bank Negara juga akan mengeluarkan Siri Keempat wang kertas baru pada September ini,” katanya.

 sumber:  myMETRO



berita baik pada yang suka kumpul khazanah2 spesel ni leh la dapatkan 'set syiling peringatan (brilliant uncirculated) sebanyak 500,000 akan dikeluarkan secara berperingkat & akan dijual pada harga RM10 bagi setiap satu set di ibu pejabat BNM & cawangannya di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu & Kuching.. haaa, murah kan..? ai rasa cam nak beli gak la satu, tapi JB katne ekk??? hurmmmm....  #_#


lau nak tengok gambar duit syiling tu lebih jelas & penjelasan yang lebih jelas jugak leh terjah kat BELIA MUDA banyak sangat info.. dan leh tengok gambar duit syiling depan+belakang ngan lebih jelas.. menarikkk... $__$


p/s: aii, xsabar nak tunggu tahun depan.. nak bergaya duit syiling baru.. *apakah??? bhahahaaa... gedikss... tapi memang cam best je duit syiling baru tu.. bayangkan, after 20years baru mereka2 nak tukar duit syiling tu.. walhal duit kertas da berapa kali tukar.. /(^_^")v


ok. baiiii......  mmuahhhx.... 

No comments:

Post a Comment