SAHABAT

Thursday, September 22, 2011

Spontaneous Thursday: Him...

Assalammualaikum... ^^,


For me,,
"His a nice guy when he say his a bad person..."





nota kaki: xde orang jahat mengaku die jahat,
&
xde orang baik cakap die baik...
hmmmm.... ~__~

Wednesday, September 21, 2011

TIGA KATA - KRU

Assalammualaikum..... ^^,



hari ni bersemangat nak share lirik lagu "tiga kata" by KRU pulak...
besttt..... ^_^

yela, orang sekarang kan payahh ckit nak cakap "i love u, u love me" ni.... bukan makcik pakcik yg da tua lebih dewasa je yg susah nak luah "i love u", tapi ade gak yg mase bercinta lagi xpenah cakap/dengar dari pasangan... aisshhh, kesian... (aik, bunyi macam luahan perasaan je.. *TIDAK!!)  #__#


xpelah, jom layannn lirik lagu ni dulu....


Lirik Lagu Tiga Kata -KRU

Yeah..lagu ni ditujukan kepada mereka yang sudah lupa erti cinta
Hanya 3 kata sahaja
cukup besar maksudnya
Wo ai ni
I love you
Aku cinta padamu
Tiga kata paling bermakna
Tapi jarangnya didengar

Naan unnai kathalikaraen
Saranghaeyo
Aishiteru
Tiga kata paling menyentuh
Tapi jarangnya disebut

Mungkinkah kerna kita dah terlalu selesa
Keintiman seolah semakin hambar
Dari gerak gaya
Hingga ke tutur kata
Tak menggambarkan cinta
(chorus)
Wo ai ni
I love you
Aku cinta padamu
Tiga kata paling bermakna
Tapi jarangnya didengar

Naan unnai kathalikaraen
Saranghaeyo
Aishiteru
Tiga kata paling menyentuh
Tapi jarangnya disebut

Katakan ci..cinta ci..cinta kamu
Katakan ci..cinta ci..cinta

Walaupun kita saling
Sayang satu sama lain
Tapi kenapa sukar meluahkan rasa
Berikan mereka tahu
Andainya hari esok
Di takdirkan berpisah
(rap)
Dalam kesibukan
Kita seringkali mula hilang kemesraaan
Dengan mereka disisi
Tak rasa bersyukur
Tak rasa berbangga
Mempunyai bahu setia untuk kita bersandar
Pejamkan matamu
Lihat lah di hatiku
Semua kasih terhimpun,
Dibiarkan terkurung
Jadi keluarkan
Sekarang luahkan

(korus)
Katakan ci..cinta ci..cinta kamu
Katakan ci..cinta ci..cinta (aku cinta padamu)

Wo aini..I Love You


-- pasni lau susah sangat nak cakap i love u, malu la konon... bagi je lirik @ lagu ni pada 'kesayangan' uolss.... haa, kan senang.. xpun lau malu cakap i love u sebab da terang2 die tau maksud n takut die kata uolss buang tebiat da nak m****s, xpe..cakaplah bahase lain tu 'like' aishiteru.. pastu lau die xfaham suruh die cari maksudnye sendiri.. haa, kan romantik gitu... hehee...
*gediksss..... (=,=")



jom layan video yang masam awesome ni plak....


gigih cari video yg b'kualiti tapi kecewa... T__T
jadi share yg 'promo' ni jela ye..~__~



bestkan... bestkan... bestkan...?? sila cakap best cepat!!! hehee... gurau... alhamdulillah cahaya masih belum hilang 'tiga kata' ni.. alhamdulillah, syukur sangat2... terima kasih, Allah... harap hingga ke akhirnye 'tiga kata' akat melekatttt antara kami.. amin.... <3<3<3  *maluuuu.... ~!@#$%^&*





nota kaki: Walaupun kita saling sayang satu sama lain,
Tapi kenapa sukar meluahkan rasa?? Berikan mereka tahu...
Andainya hari esok di takdirkan berpisah.....??
Fikirkannn..... +___+

Wordless Wednesday: cucu grandpa

Assalammualaikum.... ^^,




grandma & grandpa bersama cucu kesayangan...
"harraz mikal"
(sila abaikan gambar sblh kiri itu.. hehee... ^^,)





nota kaki: wordless la sangat..... -___-

Thursday, September 15, 2011

Spontaneous Thursday: Wanita...

Assalammualaikum..... ^^,



Yang penting bukan siapa  isterimu semasa kau nikahinya, tetapi siapa dia setelah menikah denganmu.. Janji ALLAH tentang lelaki yang baik untuk wanita yang baik bukan hanya berlaku pada awal pernikahan, tetapi juga di pertengahan & penghujungnya... Malah, sepanjang jalan menuju syurga-Nya... Insya'Allah... amin...  -___-



Nota kaki: tempat wanita bukan di atas untuk dijunjung @ disembah,
tidak juga dikaki untuk kau pijak @ tendang...
tapi di rusukmu, dekat dihatimu...
untuk dibelai & disayang, juga untuk diberi pelindungan serta tunjuk ajar...



*maaf andai ade yg t'silap..

Wednesday, September 14, 2011

--Wang Kertas Malaysia--

Assalammualaikum.... ^^,

ape khabar semua?? hopefully semua sihat.. hari ni saje nk share sal duit Malaysia, dari duit lame2/zaman dulu kala, sampai duit laa ni kita dok gune.. daripada mak & abah cahaya masih dibawah tanggungan *mungkin*, mereka belum saling mengenali, da kawin, sampai cahaya pun da patutkawin besar panjang.. ~_~



*sebelum Malaysia Merdeka...




 ape jadah, sen pun kertas?? aishh...



Selepas Merdeka...
mungkin ni 'ngupe' duit pertama zaman fasa pertama... coz cahaya sendiri xpenah jumpe duit ni..


nape gambar duit kat atas tulis sepuluh, yg ni tulis sa-puloh??
hmmm....??? #__#








ok, duit yg ni cahaya penah tengokla..tapi cume duit/nilai RM1, RM5 & RM10 saje yg sempat cahaya berkawan.. RM50 pun penahlah jumpe.. RM20 & RM100 rasanye xpenah sempat berkenalan pun... hmmm... *kecewa..  T__T








Duit sekarang...


cukuplah satu je gambar cahaya letak..
lau nk lebih puas, bukak wallet sendiri kuarkan sehelai..
hehee...  >_<



Perbandingan/perbezaan rupe bentuk duit dulu & sekarang..




Kat bawah ni plak ade duit RM50 keluaran khas.. *mungkin..
tapi cahaya xpenah jumpe/dapat lak.. *kecewa lagi... huargghhhh T__T
mungkin ni duit yg dikhabarkan Abg Edham(saudara) kelmarin, duit RM50 ade bunga raya.. hmmm, katne leh dapat duit ni ye??? sesiapa yg tahu... plezzzz, tell me... !__!



Dijangkakan tahun depan, akan ade/tukar rupe bentuk matawang baru Malaysia.. wallahualam....

tapi-tapi-tapi.... kita ni tau gune je kan duit tu.. tapi berapa ramai tahu & kenal siapakah gerangan empunya badan/gambar di 'Kertas Bernilai' itu...??

so, ape lagi... moh kita kenal2 ngan 'Si Kacak' itu..




Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad
Yang di-Pertuan Agong ke- pertama
Raja Permaisuri Agong Tuanku Puan Besar Kurshiah binti Almarhum Tuanku Besar Burhanuddin
Negeri Negeri Sembilan
Keputeraan 24 Ogos 1895
Seri Menanti, Negeri Sembilan
Kemangkatan 1 April 1960
Kuala Lumpur
Mula jawatan 31 Ogos 1957
Tamat jawatan 1 April 1960
Penyandang terdahulu Tiada
Penyandang kemudian Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah




























Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad (24 Ogos 1895 - 1 April 1960) adalah Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan yang merupakan Yang di-Pertuan Agong Pertama Malaysia. Baginda memerintah dari 31 Ogos 1957 sehingga kemangkatannya pada 1 April 1960.

-RIWAYAT HIDUP-
Diputerakan di Seri Menanti, Negeri Sembilan, Tuanku Abdul Rahman memperoleh pendidikan awal di Sekolah Melayu Kuala Jempol sehingga tahun 1907. Selepas itu, baginda meneruskan pendidikan sekolah menengah di Maktab Melayu Kuala Kangsar selama tujuh tahun sehingga 1914.

Sewaktu penamatan pelajaran sekolah menengahnya, S.P.B. dilantik sebagai Pegawai Melayu di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pada tahun 1915, baginda memulakan kerjaya yang cemerlang sebagai Penolong Pemungut Hasil Tanah di Seremban. Terbukti baginda seorang pegawai yang rajin dan sangat komited terhadap tugas Baginda. Baginda mendesak jabatan itu supaya membuka lebih banyak cawangan di beberapa daerah lain di Negeri Sembilan.

Seterusnya baginda Tuanku Abdul Rahman dilantik sebagai Penolong Pegawai Melayu di Klang sebelum ditukarkan semula ke daerah lain. Kemudian Baginda dihantar bertugas sebagai Penolong Pemungut Hasil Tanah di Hulu Selangor. Berkat usaha gigih dan ketekunan baginda selama ini, baginda telah dinaikkan pangkat sebagai Penolong Pegawai Daerah.

Titik perubahan dalam kerjaya Baginda berlaku pada tahun 1925 apabila baginda bertugas untuk jangka masa yang pendek di Mahkamah Agung di Kuala Lumpur. Kemudian, baginda mengiringi ayahanda baginda, yang ketika itu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan melawat United Kingdom untuk menyaksikan Pameran Empayar British di Wembley dan untuk menziarahi King George V.

Dalam perjalanan ke United Kingdom, baginda membulatkan tekad untuk belajar undang-undang. Hasrat baginda ini mendapat persetujuan Tuanku Muhammad, ayahanda baginda. Dengan itu baginda pun terus menetap di United Kingdom sehingga Baginda menamatkan pengajian dan memperoleh ijazah undang-undang tahun 1930. Berita tentang baginda telah mendapat ijazah undang-undang telah disiarkan dalam surat khabat di Tanah Melayu secara besar-besaran. Terdapat kekeliruan antara Tuanku Abdul Rahman dengan Tunku Abdul Rahman pada ketika itu.
Baginda diterima menjadi peguam tiga tahun kemudiannya. Selama beberapa tahun yang pertama, Baginda berusaha sehingga menjadi Magistret. Kemudiannya baginda dilantik sebagai Pegawai Daerah.

Pada tahun 1933, D.Y.M.M. Tuanku Muhammad mangkat. Baginda Tuanku Abdul Rahman terus ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Ketika itu baginda merupakan seorang peguambela dan dengan yang demikian Baginda merupakan satu-satunya Raja Melayu yang mempunyai kelayakan sebagai peguambela dan peguamcara.

Pada tahun 1957, baginda dilantik oleh Majlis Raja-Raja sebagai Yang di-Pertuan Agong yang pertama bagi Tanah Melayu dan ditabalkan pada 13 September 1957. Baginda memerintah Negeri Sembilan selama 24 tahun sebelum menjadi Yang di-Pertuan Agong Tanah Melayu yang Pertama.

Baginda mempunyai tiga putera dan lima puteri. Permaisuri pertama Baginda, D.Y.M.M. Tuanku Maharum melahirkan seorang putera, D.Y.M.M. Tuanku Munawir, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang Kesembilan. Cik Engku Maimunah melahirkan dua putera dan dua puteri. Yang sulung ialah Y.T.M. Tuanku Aidah. Baginda Tuanku Ja'afar ialah putera kedua manakala Tunku Abdullah ialah putera ketiga.

Baginda Tuanku Abdul Rahman juga sangat meminati bidang sukan. Antaranya sukan kriket, bola sepak dan tenis. Walau bagaimanapun, sukan yang paling digemari baginda ialah sukan tinju. Malahan, pada zaman mudanya Baginda gemar menyarungkan sarung tangan tinju dan bertinju dengan putera-putera baginda.

*sumber WIKIPEDIA


Hari tu akak sedara citer ngan cahaya... anak perempuan die (umo 2thn lebih) lau dapat duit raye RM1 lebih sehelai punyelah suke, bising mulut cakap banyaknyeee.... tapi lau dapat RM5/RM10 sehelai, die cakap sikitnye, satu je... heheee... ^__^  Itulah kalau orang xpandai nilai sesuatu, budak kecik tu okla.. jangan xtau, ade gak orang tua dewasa yg agak ba****g xreti nilai emas pertama & batu.. hmmm.... 


nota kaki: berkawanlah dengan duit, rajin2 la pangil die, buat baik dengan die..
sebab SIFU saya pesan, "kalau kita suka berkawan dengan duit,
duit pun suke nak dekat & berkawan dengan kita.." Insya'Allah.. $___$

Tapi janganlah kau dok sembah2 duit tu.. jangan wat benda karut..
ape2pun.........
D = DOA
U = USAHA
I = IKHTIAR
T = TAWAKAL
Kena amalkan dalam setiap perkara.. Kena rajin mintak dengan DIA..
kalau xmintak, cam mane DIA nak bagi???
fikir2kan..... ^_*

Tuesday, September 13, 2011

"BERDUA BERSATU by FORTEEN"

Assalammualaikum... ^^,


ai, lame rasanye cahaya x share lirik lagu kan.. hari ni cahaya nak share lirik lagu dari kumpulan anak muda-ForTeen.. mereka2 ni anak buah/didik KRU.. 1st time cahaya dengar lagu ni mase mereka buat persembahan di WHI or NASI LEMAK KOPI O.. gaya ala2 Korea gitu.. ^^,


ape??masih ade yg xkenal dengan kumpulan ForTeen ni?? tapi mesti penah dengar lagu mereka di radio kan..? sebab skunk ni lagu mereka ngah meletopsss kat radio tau.. MESTI penah dengar, cume perasan xperasan jela.. >__<


tapi xpe, jom berkenalan dengan mereka2...


tapi maaflah, nama2 mereka cahaya x ingat.. hehee... ~_~



k. now kita layan lirik plak... baca n fahamkan...
feeling2 gitu.. hehee.... @__@


kenapa cinta kita
selalu saja diduga
bagai ada tak merestu
kita berdua bersatu

atau mungkin kau dan aku
ditakdir untuk berpisah
walaupun melawan arus
kita berdua bersatu

seringkaliku mendengar
patah tumbuh hilang berganti
tetapiku tidak mahu
cinta selain darimu

jika denganmu salah
kutak mahu yang benar
jika denganmu rebah biarlah kutercalar
walau dilanda badai
kusanggup kerna ku mampu
kita berdua bersatu

jika denganmu kabur
kutak mahu yang jelas
jika denganmu hanyut
biarlah aku lemas
walau dilanda ribut
kusanggup kerna kumampu
kita berdua bersatu


n last, cahaya share kan video mereka yg awesome pulak.. 
jom 'tangkap cintan'.. huhuu.... =,="





haa, best kan.. sweetttt gituu.... i likeee.... bestnye lau dapat boypren jiwang ngan slalu bagi/nyanyi lagu jiwang ala2 cm lagu ni.. opsss, t'jlebih sudah.. weee~~ *gedikss.... +__+



nota kaki: minat lagu KRU yg terbaru plak.. tajuk 'tiga kata', kalau xsilap...
lau rajin nanti cahaya update lirik+video... daaa.... ^_^

Monday, September 12, 2011

" CINTA ELYSA "

Assalammualaikum.... ^^,


 da lame x update blog.. bukan malas, cume kurang rajin.. huhuuu... @_@   Now, da sibuk iklan cerita baru "akan datang 13 Sept 2011" iaitu CINTA ELYSA.. wuuu~~ *teruja.. Jom, kita tengok 'pe cer' CINTA ELYSA ni.. check it out.......



 sooo romantik... weee~~  ^__*


Sempena raya ini, drama bersiri romantis ‘Cinta Elysa’ akan disiarkan mulai 13 September 2011, setiap hari Selasa jam 9.00malam. Drama bersiri 13 episod terbitan Suhan Movies Trading ini diarahkan oleh sutradara Along Kamarudin dengan nukilan skrip oleh Sharifah Abu Salem turut membariskan pelakon-pelakon handalan seperti Dato’ Jalaluddin Hassan, Zila Bakarin, Addy Ashraf, Naim Daniel, Zaefrul Nordin dan Ika Nabila.

Mengisahkan Aril (Johan As’ari) seorang anak yatim piatu yang membesar tanpa kasih sayang telah menjadi seorang pemuda bermasalah yang terlibat dengan kegiatan samseng. Selepas disisihkan oleh keluarga sebelah ibu ekoran pelbagai masalah yang ditimbulkannya, akhirnya bapa saudara sebelah bapanya, Jasman (Dato’ Jalaluddin Hassan) telah membawanya pulang dan masih menaruh harapan kepada Aril untuk berubah.

Isteri Jasman, Yasmin (Zila Bakarin) sangat bencikan Aril dan sering melemparkan kata-kata nista kepadanya. Anak-anak lelakinya, Khairul dan Imran juga memusuhinya. Hanya anak sulungnya, Elysa (Fasha Sandha) yang masih menegur Aril. Namun sebenarnya, Elysa agak gugup berhadapan dengan Aril kerana sudah mendengar macam-macam perkara buruk tentang dirinya. Aril telah didaftarkan di kolej yang sama dengan Elysa dan diberikan tanggungjawab untuk menjaganya. Aril sering melepaskan kemarahannya kepada Elysa lebih-lebih lagi selepas Elysa jatuh di kolej dan kakinya cedera. Aril menganggap Elysa sebagai beban dan suka menyusahkannya.




Aril berada dalam dilema apabila diamanahkan oleh Jasman untuk menjaga keluarga kerana anak-anaknya masih bersekolah. Jasman telah meninggal dunia kerana terlibat dengan kemalangan jalan raya. Aril cuba mengikut amanat tetapi kebencian Yasmin menjadikan tanggungjawabnya amat sukar dilaksanakan. Hanya cintanya pada sepupunya Elysa menjadi inspirasi dan memberi kekuatan kepadanya untuk tidak meninggalkan rumah itu.

Apabila Aril dihalau keluar dari rumah oleh Yasmin, Aril nekad membawa Elysa yang masih cedera lari bersamanya. Aril kembali menjalani kehidupan sebagai samseng untuk mencari duit demi kehidupannya dan menyembuhkan Elysa. Elysa menyangka Aril melarikannya kerana mahu membalas dendam kepada ibunya. Selepas teguran Elysa, Aril mencari rezeki halal demi Elysa.

Aril dan Elysa menyamar sebagai pasangan suami isteri di sebuah kampung. Mereka mendapatkan pengamal perubatan tradisional, Mak Jah untuk mengubati Elysa. Namun perlakuan mereka menimbulkan syak wasangka Mak Jah dan rahsia mereka terbongkar. Mak Jah menasihatkan mereka untuk berkahwin. Hati Aril berbelah bagi tetapi Elysa akur untuk mengelakkan dosa. Aril berjanji bahawa akan menceraikan Elysa selepas Elysa boleh berjalan semula. Kekasih Yasmin, Rashid pula sibuk menjejaki Elysa untuk mengetahui kandungan wasiat Jasman. Apakah yang akan berlaku selepas ini?

Jadi, apa kata anda saksikan drama ini dan saksikan bagaimana Johan Asa’ri yang juga pelakon Juvana ini melakonkan watak romantik pula?


* kredit tu  OH BULAN


nota kaki: semakin suke/minat ngan Johan (Botak Juvana) ni dengan cara lakonan/mimik muka beliau menyampaikan watak.. Lebih2 lagi selepas tau disebalik wajahnye yg agak ganas, beliau seorang yang 'alim' sebenarnye & sering diminta membacakan doa utk sesuatu majlis.. awesome!!! Disebabkan itulah, cahaya x sabar nak jadi penonton setia dok depan tv tengok drama ni.. >__<

Friday, September 9, 2011

...Gambar Raye...

Assalammualaikum.... ^^,

selepas lebih seminggu raye, baru nk update gambar raye pertama.... owh, saya sangat ketinggalan.. *kecewa.. T__T

tapi xpe, nk jugak masukkan gambar kat blog ni.. utk kenangan sendiri.. walaupun sikit je.. ahh, lau upload banyak2 pun mukenye tetap camtu gak ann... kihkihkihh.....


Jommm.... Layannn.....


we're sibling... ^__^
 dar kiri: Enun, Angah, Akak & Cahaya...



my the best family... mmuahhh....
love u olss damn much!! (^^,")



 
bersama mak cik (belakang dua dari kanan) &
dua anak/menantu serta cucu2nye... ~__~



mak & abah bersama cucu kesayangan yg x reti dok diam..
huhuuu.... @__@



gambar di rumah mak cik... ^__*



gambar di kampung Pontian...
luv this pic much... =,="



nota kaki: ok, cukuplah gambar2 diatas ye.. yang lain, leh tengok kat FB.. weeyhuu...


MESTI cahaya orang TERAKHIR update entry sal raye ann... xpela, yg PENTING ade!!! akhir kalam, Cahaya pun nak ucap Selamat Hari Raya.. Selamat Beraya Kembali buat yg da abes puase 6.. Maaf Zahir Batin andai ada yg terasa hati ngan cahaya & entry2 cahaya selama cahaya berblog.. Terima kasih banyak sebab sudi jadi readers blog cahaya walaupun sebagai silents readers tanpe meninggalkan jejak & comments... thanks a lot...
~ LOVE ~

Tuesday, September 6, 2011

~entry pertama selepas cuti panjang beraye~

Assalammualaikum sahabat.... ^^,

"Selamat Hari Raya..." Maaf zahir & batin ye lau cahaya ade salah silap selama berblog n uolsss ade terasa hati ngan cahaya.. Maaf sangat2...-_-


k.la, lum 'in mood' nak taip panjang lebar la.. sowy ye... nk update gambar ngaye pun lum upload lagi.. huwaaa.... sedeyyyy...... T__T


disebabkan Dear da upload gambar ngaye kat FB, so cahaya pun 'amek' la ye.. tq, busyukkk.... huuu... Jom layannnn...... =,="


ni gambar mase nk g sembahyang raye kot...
haissshh, baju kalah org nk g nikah gamaknyeee...



ni da lepas solat & b'maafan agaknye..
gambar dengan kekasih hati adik Dear...
Dear ni memang 'kaki pose+gile b'gambar'...




da tibe mase mule bekerja.. hihiii...
*rasa2nye tiap thn ade gmbr ngan 'kwn' Dear ni.. huhuu....



hmmm... k.la, cukuplah 3 keping gambar Dear yg cahaya curi amek dari FB Dear.. *Dear makin golapp cahaya tengok, tapi tetap konfiden perasan hensem... menyampahhh..... sambil tangan letak kat bahu, mata pandang atas.. bhahahaaaa..... >_<


nota kaki: gambar ngaye sendiri xde, selitlah gambar Dear dulu...
nasib Dear xtau sal blog ni, leh cahaya kutuk2 Dear.. xoxoo...
lalalaaaa~~ 
daaa.... as salam... #_#