SAHABAT

Monday, October 24, 2011

!!The Great Day!!

Assalammualaikum.... ^^,






Alhamdulillah, akhirnye.... genap 3tahun perkenalan & perhubungan kami... banyak pahit manis yang telah dilalui bersama... Muge ada lebih banyak masa untuk ditempuh bersama.. amin...

Ya Allah, untuk kesekian kalinye aku mohon... Andai benar Dear lelaki terbaik buatku, jodohku, maka KAU perkenankanlah semoga hubungan kami akan berkekalan selamanya... KAU 'kuatkanlah' pertalian kami..  Jauhkanlah kami dari perkara2 yang tidak baik.. Tapi jika kami bukan yang terbaik buat masing2, KAU jauhkanlah kami & ubatilah hati kami agar tabah dalam melalui hari2 mendatang sendirian.. amin... Sesungguhnye hanya KAU yang tahu ape yang baik & tidak untuk setiap hamba-MU... -___-'


nota kaki: doakan muge kami akan tetap bersama & muge 'hati' kami tidak berubah... amin...

Thursday, October 13, 2011

11 hadiah terbaik dari suami untuk isteri tercinta

Assalammualaikum... ^^,












1. Hadiah Mendengar : Berikan hadiah ini kepada isteri anda dan kamu hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan berangan-angan & jangan merancang bagaimana kamu hendak membalas. Pandang mata isteri semasa dia sedang bersemangat dengan apa yg nak dikatakan. (eye contact)

2. Hadiah Tanda Kasih : Jangan kedekut utk memberikan pelukan, ciuman & ramasan tangan. Selalu membelai dahi isteri berulang-ulang kali, mencium dahi dan kawasan muka isteri.. dan Biarkan tanda-tanda kecil ini menunjukkan rasa kasih dan sayang yg ada didalam diri anda..

3. Hadiahkan Sehelai Nota : Ia mungkin ringkas seperti “Sy Sayang Awak!.” , "sy nak awak selalu!" "Senyuman awak buat hati sy tenang." atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah syair dan puisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh insan yang dikasihi anda akan jumpa..

4. Hadiah Ketawa : Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Mesejnya ialah, “Saya suka ketawa bersama awak.” "Sy suka cara awak ketawa" "Sy suka cara awk berjalan" dan lain2.

5. Hadiahkan Puji-Pujian : Sesuatu yang simple seperti “Warna biru memang ngam dengan awak la” atau “Sedapnya masakan awak” atau "Cantik baju ni syg!" dan lain2..

6. Hadiah Bantuan : Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jemur/angkat baju, jaga anak, dan lain-lain kerja yg boleh mengurangkan keletihan isteri dengan kerja2 rumah dan tambah2 lagi isteri yg juga bekerja untuk membantu ekonomi keluarga.

7. Sekali-sekala buat kejutan untuk isteri anda. Seperti menghadiahkan dia sejambak bunga pada masa yg benar2 dia tak jangka.. Bercuti di tempat2 yg indah dan romantik..

8. Hadiah Bersendirian : Ada ketika kita hanya mahu bersendiri. Peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri.

9. Hadiah Keceriaan : Cuba sedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang-orang yang dikasihi.

10. Hadiah Riadah : Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi. Walaupun anda tidak minat dengan sukan/aktiviti itu, Kalah pun tak apa, sebenarnya kamu masih menang.. :)

11. Hadiahkan Doa : Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu mereka yang mereka setiasa berada di dalam doa kita.

**Suami yg mengamalkan tips2 ini insya'allah akan dapat merasa perbezaan layanan isteri anda semakin hari semakin syahdu... -___-'