SAHABAT

Thursday, March 14, 2013

Jika perlu memilih.....


 

 
 
 
 
Dalam hidup, jika perlu memilih seorang sahaja untuk bersama kalian, siapa yang kalian akan pilih? Hanya 1, seorang, solo, single... Kalau difikirkan, semua orang disekeliling kita, kita nak tetap ada dengan kita, kan... Sebab setiap seorang dari mereka, 'melengkapi' hidup kita.. Tapi ini kita cakap, 'jika perlu memilih'.....
 
Untuk aku, aku akan pilih MAK... Kenapa, Mengapa?? Sebab..... 
# Dia insan pertama yang wujud (bukan hadir) dalam hidup aku... 
# Dia yang sedia menerima kehadiran aku dalam rahimnya...
# Dia insan yang banyak bersusah payah demi aku, demi anak2, demi suami, demi keluarga... 
# Dia yang ada ketikanya mengenepikan keperluan sendiri demi memenuhi kemahuan anak-anak... 
# Dia yang sanggup 'malu' demi melihat anak-anak tersenyum gembira, bahagia... 
# Dia yang x pernah 'kenal' erti penat membesar & menguruskan anak-anak...
# Dia yang sabar melayan karenah anak-anak yang pelbagai, berbeza-beza ragam...
# Dia, insan sempurna dalam hidup anak-anak!!! (^_^)'
 
No one can change ur place in my hearts... No. 1 for me!! Luv U, Mak..
 
*Terlalu besar & banyak jasa, pengorbanan MAK sebenarnya... yang x terungkap.. banyak sangat!!

Kenapa MAK? Kenapa bukan ABAH? Sedangkan pengorbanan seorang bapa juga x terhingga... Yup, betul.. Tapi ini soal, 'Jika aku perlu memilih seorang sahaja, hanya seorang!' Tapi kalau boleh pilih 2 orang, pastinya aku akan pilih ABAH!! Sebab???? Next entry, insha'Allah..... =,=
 
My Hero & Sunshine... 
 For world they maybe are nobody, but to me they are everything...
 
Aku jadi x faham, bagaimana anak gadis sekarang sanggup mengenepikan ibubapa & keluarga demi kekasih... Sanggup kahwin lari, lepas 10tahun merayu-rayu makpak 'bawak balik'... Adehhhh...... -__-'

Tapi aku yakin, kebanyakkan anak-anak pasti meletakkan MAK mereka di tempat paling atas, utama & segala-galanya untuk kalian... Bayangkan, kadang-kadang nak cari seluar kecik barang peribadi dalam bilik sendiri pun tanya MAK sebab x jumpe kat mane... Betapa pentingnya 'fungsi' MAK tu.. >_<"

Teringat kata-kata dari Ustaz Abu Hassan, "Jika seorang ibu itu mati ketika melahirkan anak, maka dia mati dalam keadaan syahid.. Dan sekiranya dia mengalami keguguran selama 3 kali, maka anak-anaknya akan menghalang darinya untuk masuk ke neraka.." Subhanallah... Rasulullah sendiri 'mengangkat' kedudukan ibu dengan menyebutnya sebanyak tiga kali sebelum nama bapa.. Wallahualam..... ~__~

My life & heart is complete coz they are inside...

pss: percaya atau tidak, MAK ABAH sentiasa merasa & menganggap anak-anak mereka masih anak kecil walaupun anak-anaknya da ade anak (cucu)...

psss: moga MAK ABAH terus sihat & berkesempatan lihat cucu-cucu pulak membesar... Amin..

psssss: belum kawen tapi da syahdu.. boleh x, nak bawak MAK dok same pas kawen? (MAK yang x sanggup nanti) huarghhhh....... T___T


nota kaki: Semoga aku mampu & berpeluang membahgiakan & menyenangkan MAK ABAH... Amin.. -__-

Wednesday, March 6, 2013

Wordless Wednesday : Enjoy!!

Assalammualaikum..... (^^,)"





nota kaki : 'kadang-kadang melihat orang lain tersenyum pun sudah cukup buat kita bahgia... lebih2 lagi kanak2.." ^__^'