SAHABAT

Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Friday, July 20, 2012

...Salam Ramadhan...

Assalammualaikum...... ^^,

yeahhh, Ramadhan datang lagi!!! Alhamdulillah, syukur berpeluang 'jumpe' Ramadhan lagi kali ni.. Bulan Ramadhan adalah bulan yang sentiase dinanti-nanti & dirindui umat Islam... Sebab Bulan Ramadhan ni banyak fadilat & kelebihannye, antaranye... mendapat ganjaran pahala yang besar, pintu syurga terbuka seluas-luasnye, adanya malam Lailatul-Qadar & banyakkkk lagi..... Sebab tu kebanyakkan umat Islam berebut-rebut buat ibadah di Bulan ni.. Untuk tahu lebih lanjut, sahabat semua boleh tengok SINI dan SINI.. Insya'Allah, ade sedikit info yang dapat dikongsikan... -__-"

tapi sebelum berpuasa tu, kena lah niat dulu.... kebanyakkan kite lebih 'biase' niat sehari-sehari kan..? xpe, meh cahaya 'share' niat berpuasa sehari & sebulan.. xpe, niatlah sebulan terus, so kalau2 terlupe nak niat di malam hari nanti dah xde masalah kan.. bagi yang rajin, niat sebulan, pastu setiap malam niat yang sehari-sehari plak... heee~~ ;))

imbas antara kenangan berpuasa cahaya ngan adik-beradik & family, bile nak puasa je MESTI abah akan niatkan ramai2, sama2 ngan anak2... x cukup ngan niat Bahasa Arab, tambah lak niat Bahasa Melayu.. huhuu... dari kecik, sampailah anak2 ni da besar panjang.. sweet kan...? (tibe2.. rindu Abah...)

bile dah sibuk + penat berpuasa, mestilah nak tau 'mase berbuka' pulak kan...? nanti mesti ade yg baru pas sahur, da sibuk dok tengok pukul bape berbuka.. elehhh, x yah nak 'cover' laa..... +___+  Nah, untuk warga Johor.....


aikkk, buka puasa baca doa makan je??? ishhh, bacalah Doa Buka Puasa.. kalau agak2 x bape nak hafal, ikut je 'budak' yang dalam Radio tu.. (biase Radio Johor ade suara budak laki baca doa, & rasanye x pernah tukar, memang rakaman sepanjang zaman kot suara budak tu.. bhahaaaa.......)  Tapi biasenye kebanyakkan orang lebih hafal doa buka puasa dari niat puasa, kann kann kannn.......?? @,@"  xpe, ni cahaya tepek letak kat bawah ni...


ok. semua dah ade... niat puase, waktu berbuka puasa & imsak, doa berbuka puasa... DONE!!! now, tinggal nak persiapan diri, fizikal & mental... hopefully, Ramadhan tahun ni lebih berkat, lebih indah, lebih baik, lebih bahgia, lebih segala-galanya yang baik2... insya'Allah.. aminnn........ ~__~

tapi sebelum menjengah ke tirai Ramadhan, cahaya dengan rendah diri & rendah hati ingin memohon sejuta kemaafan buat semua untuk segala kesilapan & kekhilafan cahaya, sama ada yang nampak mahupun yang terlepas pandang... {-,-}

1 hari lagi NAFAS menjadi TASBIH,,
1 hari lagi TIDUR menjadi IBADAH,
1 hari lagi DO'A2 di IJABAH,,
1 hari lagi pahala di LIPAT GANDAKAN,,
Tapi itu semua tidak akan terjadi sebelum semua saling Memaafkan dalam keikhlasan...

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا
كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ


nota kaki: mase kecik2 dulu takuttt nak sambut Ramadhan sebab cahaya dilahirkan pada Bulan Ramadhan, dan orang dulu2 selalu cakap "kita akan mati pada tarikh hampir2 dengan tarikh kita lahir".... tapi eksaiteddd kemainnn nak ngayer, sebab nak kumpul duit ngayer... hahahaaaaa...... (>,<)"

"SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA"

Friday, March 30, 2012

"penghutang vs pemiutang"

Assalammualaikum..... ^^,

salam jumaat penuh barakah... mengambil keberkatan jumaat, muge semuanya lebih sihat, lebih kaya, lebih berjaya... amin....


siapa baca Metro hari ni?? cahaya tertarik dengan cerita di halaman 'VariasiV3' ruangan "fikrah Dr.Salam"... di ruangan ni adalah 2,3 surat yang dihantar masyarakat bagi bertanyakan sesuatu.. tajuk besar pertanyaan, 'pakai kad kredit beli cincin kahwin'.....

ape yg  buat cahaya tertarik adalah pengisiannye..... (yg cahaya BOLD kan..)

Penggunaan kad kredit dikira kad hutang dan Islam membenarkan seseorang yg memerlukan utk berhutang.. Mereka yg memberi hutang pula mendapat ganjaran pahala dalam Islam..

Ganjaran mereka yg memberi hutang adalah lebih besar berbanding memberi sedekah.. Itu berlaku atas sebab menggalakkan usaha lebih kerana perlu membayar hutang berbanding dgn sedekah..

Memberi hutang dikira semangat tolong-menolong dalam masyarakat.. Walaubagaimanapun, yg terbaik bagi seseorang itu ialah cuba menjauhi daripada berhutang..

Rasulullah bersabda yg bermaksud: "Diampunkan semua dosa bagi orang yg mati syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia).." (Riwayat Muslim)..

#lebih lanjut, boleh dapatkan Metro di kawasan berhampiran @ cari klik SINI..

Lepas baca 'keratan' ni baru cahaya tahu memberi hutang itu adalah lebih besar pahalanya berbanding bersedekah.. Subhanallah...... -____-'


nota kaki: kalau ade duit lebih, takut terrrrguna x tentu pasal / membazir... ape salahnya bagi orang pinjam kannn...? tapi kena pastikan si peminjam tu akan bayar balik tanpa perlu di mintak laa..... >,<

Tuesday, December 6, 2011

Ramai yang nak jadi HAKIM...

Assalammualaikum...... ^^,


salam luarbiase buat sahabat semua... hmm, ape yg dimaksudkan dgn "ramai yang nak jadi HAKIM??" hmm, actually dalam minggu lepas & minggu ni banyak yang post 1 video ni.. video sal ape?? nak tau??? layan jelah video ni.....




**maaf kalau video kurang memuaskan... -ehsan youtube


1stly, memang lah kita akan rasa 'e-yerkkkk'.... but, xperlulah cakap dalam nada yang kasar pada kalian umpama kita xpernah buat kesilapan & really perfect person... sebab, kadang2... "Orang yang suka menjatuhkan hukuman kepada orang lain dengan sesuka hati merupakan orang yang cuba menutupi kesalahan yang pernah dilakukan sendiri.." nape cahaya cakap camtu?? uolss penah x tengok drama, dimana penjenayah dengan liciknya cuba menutupi kesalahan sendiri dengan menuduh orang baik?? haa, lebih kurang camtu jugaklah ni....

ok, cahaya cakap camtu bukan lah bermakna cahaya menyokong tindakan 'pasangan' di atas ni.. tidak sama sekali.. yup, betul, tindakan & ape yang mereka buat itu salah.. salah besar!!! cume, sepatutnye kita dekati die, bimbing die, bagi nasihat & kaunseling.. bukan terus menghentam dengan berjuta soalan, 'kenapa' 'mengapa' 'bagaimana'... ahh, soalan b****.. maaf, agak kasar bunyinye...

but, atleast mereka berani mengaku kesilapan mereka & berusaha untuk berubah... macam pengacara cakap, "mereka disuruh untuk menutup muka bagi mengelakkan aib tetapi mereka memilih untuk tidak menutup muka & berhadapan dengan kenyataan.." uolss ade ke keberanian camtu??? memang dunia nyata kann...? terlalu ramai orang dalam dunia ni gemar untuk menjadi HAKIM & menjatuhkan hukuman sesuka hati.. walhal, sebenarnye ade "Dosa yang lebih besar dari zina.."

Pada suatu senja yang lengang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-huyung. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahawa dia berada dalam duka cita yang mencengkam. Kerudungnya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya. Tanpa rias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang tengah meruyak hidupnya.

Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu pelan-pelan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam "Silakan masuk". Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus menunduk. Air matanya berderai tatkala dia berkata,

"Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya, Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya."
"Apakah dosamu wahai wanita ayu?" tanya Nabi Musa a.s terkejut.
"Saya takut mengatakannya." jawab wanita cantik.
"Katakanlah jangan ragu-ragu!" desak Nabi Musa.

Maka perempuan itupun lantas bercerita,
"Saya ......telah berzina."

Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan,
"Dari perzinaan itu saya pun......lantas hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya....... Cekik lehernya sampai......tewas", ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya.

Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang dia mengherdik perempuan tersebut.

"Nyah kamu dari sini! Agar seksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!"...teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata kerana jijik.

Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu, hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia terhantuk-hantuk ke luar dari dalam rumah Nabi Musa. Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tak tahu harus ke mana lagi hendak mengadu. Bahkan dia tidak tahu mahu dibawa ke mana lagi kakinya. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya?

Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya. Ia tidak tahu bahawa sepeninggalannya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya,

"Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertobat dari dosanya?

Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?" Nabi Musa terperanjat.

"Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita penzina Dan pembunuh itu?" Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril.

"Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?"
" Ada !" jawab Jibril dengan tegas.

"Dosa apakah itu?" tanya Musa kian penasaran.

"Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina.

Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut.

Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Bererti mereka seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya. Sedang orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman didadanya dan yakin bahwa Allah itu berada di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.

"Dalam hadis Nabi SAW disebutkan : Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibanding dengan orang yang membakar 70 buah Al-Qur'an, membunuh 70 nabi Dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Ka'bah. Dalam hadis yang lain disebutkan bahwa orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, Kemudian dia mengqadanya, maka dia akan diseksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah delapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 Hari, sedangkan satu Hari di akhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia. Dahsyatnya azab neraka."

Demikianlah kisah Nabi Musa Dan wanita penzina Dan dua hadist Nabi, mudah-mudahan menjadi pelajaran bagi Kita Dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban solat dengan istiqamah.

Semoga menjadi pedoman, InsyaALLAH.

-ehsan Facebook...

indah kan bait2 hadis tersebut... dan, cahaya tertarik dengan part, "orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman didadanya dan yakin bahwa Allah itu berada di jalan ketaatan kepada-Nya." bukankah itu lebih baik dari terus 'berkata-kata' tanpa hala tuju... hmm~~ renungkan bersama......





nota kaki: sebagai manusia, kita xpernah terlepas dari melakukan kesilapan... Allah sendiri bersedia menerima hamba-Nya yang bertaubat.. mengapa kita, terus menghukum??? wallahualam......

Saturday, November 5, 2011

JODOH : USAH MENCARI YANG TERLALU SEMPURNA

Assalammualaikum..... ini entry re-post sebab mase entry ni di post cahaya sedang sibuk membantu *mungkin* mak memasak sempena HARI RAYA AIDILADHA esok.. uolss plak ngah watpe tu?? hehee... mesti ngah belek2 entry cahaya kann...? thanks... -__-"

k.la, sebenarnye xde pe nak bebel.. just nak share ni...

♥♥ -KISAH IKAN = KISAH HATI- ♥♥

Jika kamu memancing ikan... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup..

Begitulah juga...setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu, & mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya & janganlah menganggap ia begitu teguh...cukuplah sekadar keperluanmu... Apabila sekali ia retak...tentu sukar untuk kamu menambalnya semula... Akhirnya ia dibuang... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya, mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi...

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya... Janganlah kamu terlalu mengaguminya & janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya... Akhirnya kamu KECEWA & meninggalkannya. Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu... Mengenyangkan - Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..?? Terlalu ingin mengejar kelazatan... KELAK.. Nasi itu akan basi & kamu tidak boleh memakannya... Lalu kamu akan menyesal..

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..?? Terlalu mengejar kesempurnaan... KELAK.. Kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Lalu kamu juga yang akan MENYESAL...!!  T__T





**menjadi iktibar buat diri cahaya jugak... muge jadi lebih baik, insya'Allah...**




"jika kau telah memilih hatinya, maka kau jagalah hatinya itu seperti hatimu sendiri... x kurang & x lebih.. jangan kau terlalu agungkan hatinya sehingga dia menjadi lupa diri, tapi jangan pula engkau menghampakan hatinya kerana pedihnya pasti akan lebih perit lagi dari pedih melukakan hati sendiri..." -__- 






nota kaki: hati yang dah hancur akibat terluka mungkin boleh diubati, tapi kesan luka tu pasti x boleh hilang... ♥_♥

Thursday, September 15, 2011

Spontaneous Thursday: Wanita...

Assalammualaikum..... ^^,



Yang penting bukan siapa  isterimu semasa kau nikahinya, tetapi siapa dia setelah menikah denganmu.. Janji ALLAH tentang lelaki yang baik untuk wanita yang baik bukan hanya berlaku pada awal pernikahan, tetapi juga di pertengahan & penghujungnya... Malah, sepanjang jalan menuju syurga-Nya... Insya'Allah... amin...  -___-



Nota kaki: tempat wanita bukan di atas untuk dijunjung @ disembah,
tidak juga dikaki untuk kau pijak @ tendang...
tapi di rusukmu, dekat dihatimu...
untuk dibelai & disayang, juga untuk diberi pelindungan serta tunjuk ajar...



*maaf andai ade yg t'silap..