SAHABAT

Showing posts with label Engaged. Show all posts
Showing posts with label Engaged. Show all posts

Monday, December 23, 2013

Engagement Anniversary


 After a years..... 


Alhamdulillah, syukur.. Biarpun pelbagai dugaan, rintangan, cubaan, kami cuba sehabis baik hadapi dengan tenang & kuat.. Insha'Allah.....



Semoga diluaskan rezeki kami, dipanjangkan jodoh, dipermudahkan urusan sebelum, semasa & selepas membina 'Masjid'.. Insha'Allah......




*kredit to Meriusphotopicture for our great picture!!


nota kaki: Semoga dengan  menempuh segala kesenangan & kesusahan, membuatkan hubungan kami lebih 'kuat' & matang serta bersedia dalam menghadapi apa jua kemungkinan cabaran masalah di masa mendatang.. Insha'Allah.....

Tuesday, December 17, 2013

Romantik ke??

 


Hampir 3 bulan blog ni bersawang... heee~~~ Ape kabar semua?? Topik kali ni, Romantik...

Bercerita soal romantik, pasti saja semua wanita berharap memiliki pasangan yang romantik.. PASTI!! Romantik ni boleh dikatakan sesuatu benda yang best & sweet la.. Semua insan x mengira jantina, usia, bangsa suka dilayan dengan sweet & lemah-lembut kan, plus ayat berbunga-bunga.. X semua, tapi kebanyakkannnya suka la kan..... Tapi romantik ni ada macam2...


1- Romantik universal.. Boleh jadi 'something' tu nampak 'simple' pada "si A" tapi "si B" rasa benda tu cukup 'sweet'.. Contoh;

Ade lelaki yang tidak romantik, tapi prihatin & bertanggungjawab pada keluarga & kesayangan.. Itu sudah cukup buat wanita terpaut.. ;-)

# wanita hanya inginkan pasangannya mampu menjadi pendengar setia yang baik & berkongsi segala suka- dukanya.. Perfect!!


2- Ingatan tarikh2 istimewa, hadiah & 'celebration'.. 

 Kadang2 ade lelaki yang 'failed' mengingat sesuatu tarikh, jadi tanpa menunggu tarikh2 'special' die sering memberikan cenderahati buat si kekasih hati..
 
 # hubungan adalah soal 'kenal & terima each other apa-adanya'.. tersenyum & bergembiralah..
3-  Sikap semulajadi tanpa perlu buat-buat..
Memberikan layanan yang baik, bukan sahaja pada kekasih hati.. Tapi pada semua orang, kanak-kanak & dewasa..
# tak perlu bukakan pintu kereta untuk si dia pun, awak da berjaya buka pintu hatinya.. winkkwinkk...

4- Masa & tanda ingatan..
 Apabila si lelaki sudi meluangkan sedikit 'masa' bersama, itu sudah cukup menggembirakan hati si wanita.. Percayalah...Sehari 1 panggilan sudah memadai.. >_<'

# tak semua orang sukakan perhatian yang lebih sehingga tiada masa 'privacy', boleh jadi rimas kalau setiap saat nak 'message'.. heheee..... :-D


5- Cakap soal romantik ni 'very complicated' jugak.. Sebab x semua benda yang lelaki rasa romantik, wanita tu rasa sweet.. citarasa masing2 kan.. Contoh situasi; 

Si lelaki mengirimkan pesanan bunga buat wanita di pejabat, sedang wanita merasa rimas dengan tindakan lelaki kerana bimbang dengan kata-kata sinis teman sepejabat..
# tapi ada jugak wanita yang teringin nak macam ni, tapi x merasa.. huhuu...


**Hmm, this not about me & my fiance ok, Universal.. Okla, cukup setakat ni je kot.. Kalau ade lagi, next time sambung k.. Insha'Allah... (^^,)'



nota kaki: Masing-masing punye cara masing-masing 'melahirkan' rasa romantik tu.. Dan, hanya pasangan masing-masing yang mampu 'merasa' romantik itu.. Tersenyum & berbahagialah...... 
 

Sunday, September 22, 2013

Dugaan Bertunang...

Bismillah... Hati akan merasa tenang dengan mengingati Allah, insha'Allah..

Ya Tuhan.. Aku percaya & yakin setiap dugaan yang KAU 'hadiahkan' pada setiap hamba-Mu pasti ada hikmah yang tersembunyi..

Teringat 1 ayat.. "Tidak semua hadiah terbungkus dengan cantik, begitu juga dugaan Allah.. Kadang2 'hadiah' dari Allah itu didatangkan dengan masalah.."

Tapi entah kenapa untuk kali ini aku tewas.. Airmata ini mengalir tanpa sebab.. Baru kini aku benar2 percaya 'besarnye dugaan bertunang'.. "Semoga pelangi indah akan muncul selepas hujan petir.."

Kata orang, "Jika kita mampu hadapi dugaan semasa bertunang, insha'Allah kita akan kuat hadapi dugaan selepas bernikah.." Mudah-mudahan dugaan ini lebih mendewasakan kami & menguatkan lagi hubungan kami.. Amin...

"Kadang2 Allah turunkan ujian itu kerana DIA terlalu rindukan hamba-Nya.. DIA rindu mendengar rintihan hamba-Nya.." Ya Tuhan, ampunkan kami yang sering lalai & alpa.. Bantulah kami menghadapi semua dugaan ini dengan tabah & sabar.. Sesungguhnya kami hamba yang lemah..

Sahabat... Tiada lain yang aku inginkan dari kalian, selain doa.. Semoga diluaskan rezeki & dipermudahkan urusan kami membina 'Masjid'.. Amin.. Selangit terima kasih buat yang sudi mendoakan...



Nota kaki: Yakinlah, "Sebaik mana rancangan yang kita aturkan, rancangan Allah tetap yang terbaik.." Redhalah...

Monday, June 24, 2013

Memories...

 
 
Bismillah...
Hari ni Isnin, 24 Jun 2013, bersamaan dengan 15 Sya'aban 1434... Salam Nisfu Sya'aban.. 15hari lagi menuju Ramadhan, semoga kite semua berpeluang menemuinya, insha'Allah... ^_^

Alhamdulillah, hari ni genap 6bulan bergelar tunangan Dear.. Syukur... Walau ade sedikit dugaan, kami masih mampu 'handle' dengan baik.. Malah, setiap dugaan yang datang mengajar kami untuk jadi lebih kuat & bersedia dengan dugaan yang bakal datang di kemudian hari.. Insha'Allah...




Lebih banyak masa 'depan' yang bakal di tempuhi,
maka banyak jugak la cabarannya...
Akan lebih banyak masalah perlu dilalui,
maka banyak/tebal jugak kesabaran diperlukan...
Harap lebih banyak/tebal kepercayaan & sefahaman antara kami,
jadi, banyak & menebal jugak la rasa sayang & cinta antara kami...
Mudah-mudahan.....

Semoga yang baik-baik & terbaik buat kami...
Semoga dipermudahkan jalan kami membina 'Masjid', dengan izin-Nya...
Semoga diluaskan rezeki, diberkati, dirahmati, & sentiasa di bawah lindungan-Nya...
Mohon doa kalian juga.. (^^,)'


Selain itu, hari ni juga genap 44hari (kalau x silap) pemergian Ayah Dear menemui 'kekasih abadi'... Kami semua sentiasa mengingati & merinduimu...Semoga rohnya tenang di sana bersama para Syuhada... Amin.. -__-



nota kaki: Setiap hari akan ade orang baru & perkara baru berlaku dalam hidup kita... Dan kita sendiri yang memilih menjadikannya Kenangan Indah atau Memori Duka... ^_~'
Hargailah masa & setiap yang kita 'punya'...

Wednesday, January 23, 2013

Wordless Wednesday : Sebulan Berlalu...

Assslammualaikum..... (^^,)"








 "BLESS OUR ENGAGEMENT"



nota kaki : Muge 'perjalanan' kami dipermudahkan.. Amin Ya Rabb..... ~__~"




Monday, December 31, 2012

Officially Engaged!

Assalammualaikum..... (^^,)




Yes, i'm officially ENGAGED! Alhamdulillah, masih x percaya yg diri sendiri ni da bergelar tunangan orang.. tutup tahun 2012 dengan gelaran 'fiance'... awww........ (^_*)"


Segalanye berlaku dalam sekelip mata... just bercakap-cakap antara Cahaya & Dear, pastu ade duit ckit beli cincin risik + tunang siap2.. berangan itu ini, tup2 mak Dear datang umah merisik & mintak jangan jarak lame sangat tempoh risik - tunang.. kelam kelibut 'cari duit' beli itu ini, Cahaya percaya kalau niat kita tu baik & diredhai Allah, in sha Allah akan ade 'jalan' & rezeki dari-Nya... tukar2 tarikh tunang, atlast 23/12/2012 kami akhirnye memegang gelaran TUNANG.. hoyeahhhh!!!!!

With Incik Tunang..... (^__+)


Alhamdulillah, walau Majlis Tunang Cahaya x 'se-gah' majlis orang lain namun tetap bersyukur, syukur sangat2... segalanya berjalan dengan lancar & sempurna di mata Cahaya... Syukur sebab majlis berjalan lancar, x hujan, makanan pun cukup utk semua tetamu + x 'terbuang' / membazir.. Alhamdulillah...... 


Ramai yg cakap, 'bestnye da tunang'... tapi pada Cahaya, tak  mahu terlampau selesa + teruja + berharap, masih banyak dugaan yg perlu kami lalui, lebih2 lagi ramai yg cakap 'pegang title tunang ni banyak dugaan'... namun sebagai insan PASTI kita inginkan terus bahgia... mohon semua doakan yg baik2 & terbaik buat Cahaya.. amin.....

melalui tempoh 'darah manis', moga segalanya kekal 'manis'... amin..


BERTUNANG: jalan pertama membina "Masjid", supaya nanti dapat dipenuhi dengan jemaah yang soleh dan solehah... Amin.. ♥ In sha Allah...


Namun, bertunang itu bukan jaminan si dia adalah suami / isteri kita... terus berdoa semoga yg terbaik buat kami & kite semua... amin..



nota kaki : jika saat menikah adalah saat paling 'berat' buat si bapa melepaskan anak perempuan, saat pertunangan pula adalah detik paling 'syahdu' buat si ibu melepaskan anak bujangnye..... (-__-)"