SAHABAT

Wednesday, September 14, 2011

--Wang Kertas Malaysia--

Assalammualaikum.... ^^,

ape khabar semua?? hopefully semua sihat.. hari ni saje nk share sal duit Malaysia, dari duit lame2/zaman dulu kala, sampai duit laa ni kita dok gune.. daripada mak & abah cahaya masih dibawah tanggungan *mungkin*, mereka belum saling mengenali, da kawin, sampai cahaya pun da patutkawin besar panjang.. ~_~



*sebelum Malaysia Merdeka...




 ape jadah, sen pun kertas?? aishh...



Selepas Merdeka...
mungkin ni 'ngupe' duit pertama zaman fasa pertama... coz cahaya sendiri xpenah jumpe duit ni..


nape gambar duit kat atas tulis sepuluh, yg ni tulis sa-puloh??
hmmm....??? #__#








ok, duit yg ni cahaya penah tengokla..tapi cume duit/nilai RM1, RM5 & RM10 saje yg sempat cahaya berkawan.. RM50 pun penahlah jumpe.. RM20 & RM100 rasanye xpenah sempat berkenalan pun... hmmm... *kecewa..  T__T








Duit sekarang...


cukuplah satu je gambar cahaya letak..
lau nk lebih puas, bukak wallet sendiri kuarkan sehelai..
hehee...  >_<



Perbandingan/perbezaan rupe bentuk duit dulu & sekarang..




Kat bawah ni plak ade duit RM50 keluaran khas.. *mungkin..
tapi cahaya xpenah jumpe/dapat lak.. *kecewa lagi... huargghhhh T__T
mungkin ni duit yg dikhabarkan Abg Edham(saudara) kelmarin, duit RM50 ade bunga raya.. hmmm, katne leh dapat duit ni ye??? sesiapa yg tahu... plezzzz, tell me... !__!



Dijangkakan tahun depan, akan ade/tukar rupe bentuk matawang baru Malaysia.. wallahualam....

tapi-tapi-tapi.... kita ni tau gune je kan duit tu.. tapi berapa ramai tahu & kenal siapakah gerangan empunya badan/gambar di 'Kertas Bernilai' itu...??

so, ape lagi... moh kita kenal2 ngan 'Si Kacak' itu..




Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad
Yang di-Pertuan Agong ke- pertama
Raja Permaisuri Agong Tuanku Puan Besar Kurshiah binti Almarhum Tuanku Besar Burhanuddin
Negeri Negeri Sembilan
Keputeraan 24 Ogos 1895
Seri Menanti, Negeri Sembilan
Kemangkatan 1 April 1960
Kuala Lumpur
Mula jawatan 31 Ogos 1957
Tamat jawatan 1 April 1960
Penyandang terdahulu Tiada
Penyandang kemudian Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah




























Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad (24 Ogos 1895 - 1 April 1960) adalah Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan yang merupakan Yang di-Pertuan Agong Pertama Malaysia. Baginda memerintah dari 31 Ogos 1957 sehingga kemangkatannya pada 1 April 1960.

-RIWAYAT HIDUP-
Diputerakan di Seri Menanti, Negeri Sembilan, Tuanku Abdul Rahman memperoleh pendidikan awal di Sekolah Melayu Kuala Jempol sehingga tahun 1907. Selepas itu, baginda meneruskan pendidikan sekolah menengah di Maktab Melayu Kuala Kangsar selama tujuh tahun sehingga 1914.

Sewaktu penamatan pelajaran sekolah menengahnya, S.P.B. dilantik sebagai Pegawai Melayu di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pada tahun 1915, baginda memulakan kerjaya yang cemerlang sebagai Penolong Pemungut Hasil Tanah di Seremban. Terbukti baginda seorang pegawai yang rajin dan sangat komited terhadap tugas Baginda. Baginda mendesak jabatan itu supaya membuka lebih banyak cawangan di beberapa daerah lain di Negeri Sembilan.

Seterusnya baginda Tuanku Abdul Rahman dilantik sebagai Penolong Pegawai Melayu di Klang sebelum ditukarkan semula ke daerah lain. Kemudian Baginda dihantar bertugas sebagai Penolong Pemungut Hasil Tanah di Hulu Selangor. Berkat usaha gigih dan ketekunan baginda selama ini, baginda telah dinaikkan pangkat sebagai Penolong Pegawai Daerah.

Titik perubahan dalam kerjaya Baginda berlaku pada tahun 1925 apabila baginda bertugas untuk jangka masa yang pendek di Mahkamah Agung di Kuala Lumpur. Kemudian, baginda mengiringi ayahanda baginda, yang ketika itu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan melawat United Kingdom untuk menyaksikan Pameran Empayar British di Wembley dan untuk menziarahi King George V.

Dalam perjalanan ke United Kingdom, baginda membulatkan tekad untuk belajar undang-undang. Hasrat baginda ini mendapat persetujuan Tuanku Muhammad, ayahanda baginda. Dengan itu baginda pun terus menetap di United Kingdom sehingga Baginda menamatkan pengajian dan memperoleh ijazah undang-undang tahun 1930. Berita tentang baginda telah mendapat ijazah undang-undang telah disiarkan dalam surat khabat di Tanah Melayu secara besar-besaran. Terdapat kekeliruan antara Tuanku Abdul Rahman dengan Tunku Abdul Rahman pada ketika itu.
Baginda diterima menjadi peguam tiga tahun kemudiannya. Selama beberapa tahun yang pertama, Baginda berusaha sehingga menjadi Magistret. Kemudiannya baginda dilantik sebagai Pegawai Daerah.

Pada tahun 1933, D.Y.M.M. Tuanku Muhammad mangkat. Baginda Tuanku Abdul Rahman terus ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Ketika itu baginda merupakan seorang peguambela dan dengan yang demikian Baginda merupakan satu-satunya Raja Melayu yang mempunyai kelayakan sebagai peguambela dan peguamcara.

Pada tahun 1957, baginda dilantik oleh Majlis Raja-Raja sebagai Yang di-Pertuan Agong yang pertama bagi Tanah Melayu dan ditabalkan pada 13 September 1957. Baginda memerintah Negeri Sembilan selama 24 tahun sebelum menjadi Yang di-Pertuan Agong Tanah Melayu yang Pertama.

Baginda mempunyai tiga putera dan lima puteri. Permaisuri pertama Baginda, D.Y.M.M. Tuanku Maharum melahirkan seorang putera, D.Y.M.M. Tuanku Munawir, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang Kesembilan. Cik Engku Maimunah melahirkan dua putera dan dua puteri. Yang sulung ialah Y.T.M. Tuanku Aidah. Baginda Tuanku Ja'afar ialah putera kedua manakala Tunku Abdullah ialah putera ketiga.

Baginda Tuanku Abdul Rahman juga sangat meminati bidang sukan. Antaranya sukan kriket, bola sepak dan tenis. Walau bagaimanapun, sukan yang paling digemari baginda ialah sukan tinju. Malahan, pada zaman mudanya Baginda gemar menyarungkan sarung tangan tinju dan bertinju dengan putera-putera baginda.

*sumber WIKIPEDIA


Hari tu akak sedara citer ngan cahaya... anak perempuan die (umo 2thn lebih) lau dapat duit raye RM1 lebih sehelai punyelah suke, bising mulut cakap banyaknyeee.... tapi lau dapat RM5/RM10 sehelai, die cakap sikitnye, satu je... heheee... ^__^  Itulah kalau orang xpandai nilai sesuatu, budak kecik tu okla.. jangan xtau, ade gak orang tua dewasa yg agak ba****g xreti nilai emas pertama & batu.. hmmm.... 


nota kaki: berkawanlah dengan duit, rajin2 la pangil die, buat baik dengan die..
sebab SIFU saya pesan, "kalau kita suka berkawan dengan duit,
duit pun suke nak dekat & berkawan dengan kita.." Insya'Allah.. $___$

Tapi janganlah kau dok sembah2 duit tu.. jangan wat benda karut..
ape2pun.........
D = DOA
U = USAHA
I = IKHTIAR
T = TAWAKAL
Kena amalkan dalam setiap perkara.. Kena rajin mintak dengan DIA..
kalau xmintak, cam mane DIA nak bagi???
fikir2kan..... ^_*

2 comments:

  1. Ckin...perengan last sebelum nota kaki kena betulkan skit...Permata bukan pertama..hehe. Btw, thank for the info. Rajin wat research ye....

    Nota Kaki: (nak jugak tu...) simpanlah 'precious metal' iaitu emas dan perak...bukan emas putih ye...

    ReplyDelete
  2. alamak, t'salahla.. hihii...

    nk tau lebih, kena blaja/research lebih kan..? hehee...

    yup, ngah usaha ngumpul duit la ni.. tp kena settle hutang dlu.. ~_~

    ReplyDelete